Rabu, 31 Ogos 2011

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri

Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Maaf Zahir dan Batin. Maafkanlah apa-apa kesalahan yang saya telah melakukan kepada semua orang yang saya telah membuat salah kepada termasuk guru-guru. Maaflah juga jikalau saya telah bercakap dengan kasar kepada sesiapa.

Saya juga hendak meminta maaf jika saya ada melukakan hati sesiapa atau membuat mereka marah. Semoga anda di luar sana akan menyambut hari raya anda dengan bahagia!! :D

Nadiah Firzanah 6J :D

Ini ada satu pantun hari raya :

Aidilfitri hari kemenangan,

Kejayaan menempuh halangan,
Mengenali erti kesenangan,
Bagi mereka yang kekurangan
 
Jadi Sambutlah Hari Raya anda dengan gembira! Apabila jalan tu, jalanlah dengan selamat! Sekali lagi,selamat hari raya aidilfitri!! :D

Isnin, 1 Ogos 2011

Persiapan PSLE Saya...

PSLE LISAN saya akan datang tidak lama lagi. Ini akan berlansung pada 18-19 Ogos. Ini penting kerana boleh neniningkatkan agregat PSLE saya. Saya akan belajar bersungguh-sungguh untuk PSLE LISAN ini untuk menaikkan markah atau menolong saya dalam peperiksaan besar, PSLE, yang saya akan duduki tahun ini. Saya akan merujuk ke kamus untuk perkataan-perkataan yang saya tidak kenali atau yang baharu daripada KAMUS itu. Saya juga boleh membaca


Saya akan merujuk ke kamus untuk perkataan- perkataan yang saya tidak kenali atau perkataan yang baharu daripada kamus itu supaya saya saya boleh cakap pada PSLE lisan itu. Saya juga harus banyak membaca suratkahabar melayu dan inggeris supaya boleh tahu betapa bagusnya mereka menulis. Walaupun ini lisan oral, saya tetap boleh melancarkan pembacaan saya dengan merujuk dari suratkahabar. Untuk gambar-gambar oral, saya akan menyuruh ibu saya untuk uji saya dan saya juga boleh uji diri saya sendiri. Untuk perbicaraan, saya akan meceritakan tentang beberapa topik seperti apabila saya berada di hospital.


Saya ingin mengucapkan yang paling terbaik kepada kawan-kawan sedarjah saya supaya membuat PSLE lisan ini dengan terbaik dan lulus. Saya rasa kamu semua boleh membuat yang terbaik dengan membaca suratkhabar dan lain. Semoga berjaya! :D

Sabtu, 23 Julai 2011

Faedah-faedah blogging

Ada banyak manfaat dan faedah menulis blog yang saya boleh dapat. Dari pengalaman saya dalam menulis blog,ada banyak faedah dari blogging. Saya akan memberikan tiga contoh faedah-faedahnya. Mereka adalah ;

Pertama: Kita boleh berkongsi apa yang kita menaip kepada mereka di merata dunia dan boleh menaip komen-komen di pos mereka jika ada.

Kedua: Saya boleh mempelajari bagaimana baiknya cara mereka menulis, adakah ia bagus atau tidak dan setelah itu saya boleh menggunakan ilmu itu seperti frasa-frasa berbunga, peribahasa, perbandingan semacam dan macam lagi di dalam penulisan karangan saya supaya ia lebih bagus.


Ketiga: Saya tidak perlu menulis dan membuat tangan saya penat. Saya hanya harus menaip di dalam komputer. Jika saya telah tersalah taip, saya tidak perlu memadam tetapi hanya menekan 'backspace'.

Nadiah Firzanah (Firza :D)

Rabu, 6 Julai 2011

Seperti Katak Di Bawah Tempurung

Siapakah tahu apa maksudnya 'seperti katak di bawah tempurung'? Maksudnya adalah terhad pengalaman atau pengetahuan dan apa yang diketahui ialah hal-hal yang ada di sekeliling sahaja. Sekarang, apabila awak telah tahu maksudnya, saya akan memberitahu ceritanya yang saya telah cipta...


Inilah ceritanya... 
Ada seorang perempuan bernama Dalia. Dia hanya seorang di dalam kelas yang amat cantik, di kalangan murid perempuan yang lain. Dalia pun yang paling cantik daripada semua murid perempuan di sekolahnya. Murid-murid perempuan yang lain semua cemburu dengannya kerana kecantikannya, jadi tiada satu pun murid perempuan yang berkawan dengannya, kecuali seorang murid perempuan bernama, Qistina. Qistina yang selalu temannya. Sebenarnya, Qistina pun cantik juga sebab itu Dalia hendaknya untuk menjadi kawan baik. Dalia hanya memilih kawannya yang cantik seperti dia.


Ramai murid lelaki di sekolahnya suka akan dia. Dalia pun beranggapan bahawa kerana dia cantik, dan ramai orang di sekelilingnya atau Qistina tahu akannya dan akan selalu memberitahunya berita atau apa-apa di sekelilingnya, dia hanya berharap pada mereka.Semenjak itu, Dalia tidak akan membaca suratkhabar atau buku. Dia suka menonton televisyen tetapi di a tidak akan menonton berita walaupaun ibu-bapanya menyuruhnya.Dalia hanya akan pekakkan telinganya. Dia telah bosan dengan mereka. Setiap hari, mereka berkata begitu. Ia telah menjadi suatu leteran untuk Dalia.

Suatu hari, di berita,mereka menyuruh semua penduduk yang terdapat anak perempuan yang cantik supaya berhati-hati.Ada terdapat seorang lelaki yang mempunyai katak, akan selalu menipu murid-murid perempuan yang cantik. Dia akan menipu mereka dengan KATAK yang sungguh kacak hanya kerana dia mahukan duit. Malangnya, Dalia tidak tahu tentang berita itu.Kesian... Kawannya,Qistina pun pada masa itu, tidak menonton berita apabila tentang lelaki itu dipaparkan.


Betul juga, lelaki itu muncul di depan rumah Dalia. (dia telah menjejaki Dalia, kerana kawan lelaki itu telah memberitahunya tentang murid perempuan yang paling cantik, iaitu Dalia.)Kebetulan, Dalia suka akan lelaki yang mahu menerimanya sebagai teman wanita mereka. Eww.. Tidak ape...Tetapi, lelaki itu mesti kacak!! Hai.. Dalia juga suka memelihara binatang seperti kucing tetapi ibu-bapanya tidak membenarkannya. Jadi, lelaki itu pun ketuk pintu rumah Dalia. Pada masa itu, ibu-bapanya tiada di rumah, jadi senanglah lelaki itu mahu menipunya.Lelaki itu pun kacak rupanya.

Dalia pun menuju ke pintu rumahnya dan membuka. Dia terperanjat seketika kerana melihat yang lelaki itu sungguh tampan. Dalia termenung ke arah lelaki itu selama 3 minit sahaja kerana pada masa itu juga KATAK lelaki itu melompat ke arah muka Dalia!Lelaki itu terus senyum, berpuas hati dengan rancangannya. Dia tahu bahawa murid perempuan yang cantik akan terpikat dengannya. Dalia terus pengsan dan tidak sedar diri kerana KATAK itu berbau busuk semacam nangka dan dia tidak tahan dengan baunya. Dengan lelaki itu tahu bahawa tiada orang lain di dalam rumah Dalia, dia dengan pantas macam kilat, menuju ke bilik Dalia.

Dia tahu kerana dia telah menjejaki Dalia di mana dia tinggal, di mana biliknya dan sebagainua. Lelaki itu pun pergi ke almari Dalia. Dia membuka pintu almari tersebut, tetapi dalamnya mesti didahului dengan kata laluan untuk membuka lagi satu pintu. Lelaki itu gagal tetapi berjaya selepas beberapa cubaan. Apabila lelaki itu membuka pintunya, terdapat sejuta dolar!! Lelaki itu sangat ghairah dan hanya apabila lelaki itu mahu mencuri wang itu, Dalia yang baru sedar menarik sekuat-sekuatnya tangan lelaki itu. Malangnya, lelaki itu lebih gagah, dia telah menyediakan pistol di dalam poketnya jika Dalia hendak serangnya. Dia terus menembak Dalia dan ia,terus meninggal dunia dan lelaki itu dapat mengambil duit.

Jadi Cikgu Tuty, memang tidak kelakar kan?? Saya pun sembarang membuat cerita ini dan tidak tahu apa akan berakhir. Tetapi, lelaki itu akan ditangkap oleh polis juga. Ibu-bapanya terkejut akan kematian Dalia dan selanjutnya. Di sini kita boleh pelajari bahawa kita sepatutnya harus mengetahui perkara di sekeliling kita, bukan macam Dalia. Dia ini memang degil orangnya tidak mahu dengar kata orang yang lebih dewasanya daripadanya.



Rabu, 29 Jun 2011

Semasa Cuti Sekolah Jun Saya (2)

Selain menonton wayang, saya dan keluarga saya pun pergi ke Desaru.Kami pergi ke sana dengan kereta melalui 'highway' yang baru dibina daripada kita melalui jalan dahulu.Ia lebih cepat dan ringkas jika melalui 'highway', tidak payahlah belok sini belok sana hai susah!(tetapi yng bagusnya,membuat pemandu itu fokus dan tidak mengantuk.Hai..baik juga kita yng tidur.. hehehe....) Kami sekeluarga bercadang untuk tinggal di 'hotel' Lotus Desaru dahulu.Baru nak cuba-cuba macam gitulah kan?? Alah,sebab Lotus Desaru itu dipaparkan kat Facebk, hah,sebabtulah...ramai Singapura pergi ke sana.Oh ya,kami cuba hotel yang ini dahulu, baru Pulai dan selanjutnya.

Sambung ya cerita saya... Kami pergi memilih yang ada dua tingkat dan bilik kami di tingkat lima,blok B. Yang tentu dan paling menarik sekali, pemandangan kita menghadap 'Water Park'! Yahoo!Ia baru dibina dan sebelum itu, macam biasalah hotel-hotel yang lain kolam renang biasa... Eieee...Bosannya.. Setakat berenang,main-main sendiri di dalam. Kan lagi seronok jika membina Water Play ke apa kan?? Jadi sebab itulah Lotus membina 'Water Park'.Gambar di atas itu tidak lengkap lah..kerana saya mengambil dari Google.Tidak mengapalah pergi sana sendiri tengok sendiri HA...'Water Park itu sungguh 'cool' terutama sekali 'Lazy River'. Macam Singaporenye Wild wild wet punya Shiok River?? Tetapi ini lagi 'best'!

Kami pun pergi makan malam di hotel itu sekali. Makanan mereka sedap-sedap belaka... Membuat saya lapar sahaja. Hmm..Apalah yang saya boleh buat.. Makanlah! Hai.. Apa sajalah saya ini kan cikgu Tuty? Hehe..Hmm malaslah cerita panjang sngt psl kat Lotus ini. Mari kita lanjutkan lah.Kami pun 'checkout' oh ya sebelum itu saya mandi di water park itu dua kali! Boleh kira tiga kali ah! UMM.. Kita 'checkout' lepas itu kami pergi ke Mersing!! (untuk membeli keropok lekor,HAHA!)Sebenarnya, di Lotus, saya makan breakfast itu semua dan macam-macam lagi tapi malaslah nak ceritakan..

Dah tu saja lah untuk di Malaysia.. Saya,keluarga dan sedara pun pergi di Singapura juga.Seperti IMM,Sentosa dan macam lagi lah. Ok saya dahh nak akhiri pos ini dan sebelumnya okie?? Ok, selamat tinggal ya!

Selasa, 28 Jun 2011

Semasa Cuti Sekolah Jun Saya (1)


Semua murid di sekolah saya mesti gembira apabila cuti sekolah bulan Jun tiba. Saya hanya hendak melepaskan diri saya daripada keadaan di sekolah dan kerja-kerja sekolah saya. Sebab itulah saya tidak boleh sabar akan cuti sekolah dalam bulan Jun saya. Saya mengambil peluang untuk menelaah pelajaran dan belajar subjek-subjek yang telah dipelajari.

Tetapi jangan terkejut! Sepanjang cuti sekolah saya, takkanlah saya belajar sepenuhnya kan? Mesti saya mesti merehatkan diri saya. Pada 9 Jun, saya telah melihat cerita 'X-Men First Class' di wayang Singapura,The Cathay. Sebenarnya, tiket adalah percuma kerana syarikat ayah saya telah memberi tiket-tiket itu kepada semua pekerja di sana-ayah saya sudah jadi 'Supervisor'! Hehe... Ok, bukan tahun ini sahaja ada 'movie night' ini tetapi semenjak tahun 2009. Cikgu Tuty nak tahu apa filem-filemnya? Pada 2009,filem Transformers:Revenge Of The Fallen. Jikalau cikgu hendak tahu, saya tidak faham ceritanya dan kerana itulah saya berasa bosan dan tidak suka akan cerita itu.Pada tahun lepas pula, adalah Shrek: Forever After. Ini saya suka.Balik kepada X-Men. Sebelum saya menonton filem X-Men, saya sebenarnya tidak mahu menonton kerana saya tahu cerita begini seperti Transformers itu mesti bosan kan?(untuk saya)Malangnya,saya dipaksa menonton bersama sedara-sedara saya dan ayah saya.(ada 5 tiket,setiap tahun lain org akn tonton,krana saya dan keluarga sya plh)Apabila saya menonton, baru saya sedar filem itu adalah seronok dan saya boleh faham. Saya juga suka orang yang berlakon dalam filem itu.Cerita ini lain dari X-Men:Wolverine.

Ahad, 22 Mei 2011

Semasa Hari Vesak

Semasa Hari Vesak, ia adalah hari cuti awam. Inilah masanya saya mengambil peluang dengan keluarga saya untuk pergi beriadah dan pergi melakukan aktiviti-aktiviti yang menarik dan lasak.Kebetulan, saya suka pergi ke Woodlands Waterfront, yang baru sahaja dibuka. Saya pergi ke sana dengan keluarga saya dan saudara-mara saya. Di sana. ada taman permainan dan tempat untuk bersenam. Saya gemar memanjat 'Spider Web' dan bermain buai sehinggga saya terlupa akan masa yang berlalu dengan cepat sekali.


Saya pun suka pergi ke tempat-tempat peranginan atau aktiviti-aktiviti yang menarik seperti di Sentosa, HortPark, taman, DownTown East dan berbagai-bagai lagi yang ada di seluruh Singapura ini.Selain itu, saya pun telah pergi ke pusat membeli-belah untuk membeli barang-barang yang saya gemar. Ini sungguh WOW! Saya suka membeli-belah kerana kita boleh melihat bermacam-macam barang.


Setelah itu,kami pun makan, pergi ke tempat lain yang menarik. Jadi saya suka keluar dan melakukan aktiviti-aktiviti yang menarik dan lasak seperti di Sentosa. Dah itu sahaja untuk sekarang, jadi WOW! Pusat Beli Belah INI..  Takdelah...  Cuma Bergurau Saja Lah...   OK........   BYE...........








Selasa, 26 April 2011

Peristiwa yang tidak dapat saya lupakan

Peristiwa yang tidak dapat saya lupakan adalah apabila saya dijemput ke Pesta Hari Jadi saudara saya yang paling saya rapat, diadakan di Genting. Ini bukan tempat tinggalnya,tetapi keluarganya bercadang untuk meraih hari lahirnya di sana. Apabila saya dan saudara-mara yang lain berjumpa(tanpa saudara saya yang menyambut hari lahirnya),kami sungguh seronok,ghairah dan TIDAK SABAR! Kami semua sebenarnya tahu sejak dahulu lagi,bahawa saudara kami yang menyambut hari lahirnya itu,yang bernama Nayli, pandai bernyanyi sambil menari, di antara kami semua saudara.Kadangkala,apabila di masa lapang, dia yang selalu mengajar kami bernyanyi sambil menari dengan baik dan bagus sekali.
Nayli, apabila selalunya gilirannya untuk mempersembahkan persembahannya di atas pentas, tidak ada sekali pun dia mengecewakan kami.Dia selalu mendapat banyak pujian daripada saya,saudara-mara saya yang lain,ibu-bapanya dan banyak-banyak lagi. Kadangkala, saya berasa cemburu dengan bakatnya itu, tetapi saya tidak pernah kata apa-apa tentang benda itu kepadanya,takut-takut jikalau dia akan berasa marah.Itu adalah permulaan yang saya kata kepadanya yang saya hendak belajar daripadanya(tetapi saya tidak sebut tentang kecemburuan saya).Jadi,hari itu, kami semua berangkat ke Malaysia,Genting.Kami di berasingan kereta. Kami semua berjumpa di tempat yang dirancang oleh yang dewasa.Apabila kami semua di luar tempat itu,saya berjumpa dengan saudara-mara saya yang lain. Kami berasa sungguh gembira apabila menuju ke tempat yang dirancang itu. Apabila kita sampai, kita sudah boleh mendengar bunyi bising dari dalam.Itu membuat kami lagi berasa seronok.Kami mula memasuki tempat yang telah dihias oleh keluarga Nayli. Ia sungguh cantik dan berwarna-warni. Kami pun bermain permainan,memakan kek dan membuat macam-macam lagi.
Perkara yang kami tidak boleh tunggu, adalah persembahan yang Nayli akan mempersembahkan. Semua orang menepuk tangan gemuruh untuk Nayli yang sedang naik ke atas pentas yang sesuai hari jadi ini.Dia menukar pakaiannya kepada lebih kilat dan menarik. Bunyi lagu pun didendangkan, dan dia mula menyanyi, dan pada mulanya,suaranya merdu,tetapi lama kelamaan,suaranya hampir serak. Begitu juga berlaku apabila dia menari. Pada mulanya,tariannya bagus tetapi lama kelamaan,tariannya jadi tidak terurus. Semua orang yang hadir, yang melihat persembahannya, semua bingung dan hairan dengan perbuatannya.Selepas persembahannya, tiada seseorang pun yang memujinya,termasuk saya,dan perkara ini bukan seperti dahulu.Apabila dia menghampiri saya dan saudara-mara yang lain menjauhinya, saya bercadang tidak mahu berkata apa-apa pun dengannya pada hari lahirnya itu.Jikalau dia mengulangi perbuatan itu, perkara yang sama akan berlaku. Saya tidak akan memaafinya dan saya tahu ini perbuatan yang salah,tetapi kerana selama ini dia tidak pernah melakukan kesalahan ini,ini tetap kata putus saya.Perbuatan ini yang tidak dapat saya lupakan hingga sekarang,kerana itu bukan kali pertama, tetapi sudah tiga kali dia membuat kesalahan ini. Saya,saudara-mara saya semua setuju dengan keputusan saya.Cuma ibu-bapa saya sahaja. Mereka menasihati saya supaya jangan salah atau buruk sangka terhadapnya. Maka inilah peristiwa yang tidak dapat saya lupakan, seumur hidup saya.

Jumaat, 25 Mac 2011

Cuti Sekolah Seminggu...

Saya suka cuti sekolah. Ini sungguh menyeronakkan! Saya suka sangat dan satu minggu macam tidak cukup untuk saya! Saya rasa ini adalah masa untuk kita bersama-sama keluarga kita dan bermesra-mesra.
Saya pergi ke Malaysia. Saya rasa yang saya hendak rasa bermandi di air terjun, jadi keluarga saya mengajak saya pergi ke Kota Tinggi di Johor. Saya berasa gembira apabila tiba masanya untuk saya mandi di air terjun itu. Apabila saya memasuki air terjun itu, airnya sungguh sejuk macam ais dan batu-batunya semuanya sungguh licin. Saya suka bila saya duduk di bawah air terjun itu, semua air itu terjun dan terkena kepala saya.
Tetapi malangnya, hujan renyai-renyai bermula. Saya sekeluarga pun mencari tempat berteduh. Selepas pergi ke Kota Tinggi Waterfalls Resort, kita pun mencari hotel. Hotel yang kita tidur adalah Zon Regency Hotel by the Sea. Kita tidur hanya untuk satu malam. Pemandangan dari bilik hotel kami sungguh indah kerana boleh nampak kolam renang, laut dan bangunan-bangunan Woodlands di bahagian laut lain.
Kita pun membeli-belah di Johor Bahru selepas 'check out' dari hotel. Selepas itu, kita pun makan Pizza Hut dan yang makanan yang tidak habis kita membawa balik ke Singapura. Kita pun pulang ke Singapura. Sebenarnya, selepas makan di Pizza Hut, kita tetap pergi ke lain tempat di Johor, seperti Tesco di Bukit Indah dan macam-macam lagi. Tetapi tidak mengapalah, saya pun dah rasa penat menulis lagi. Jikalau saya Menteri Pendidikan, saya mahu membuat cuti sekolah selama dua minggu. Selamat Tinggal! =D

Selasa, 15 Februari 2011

Minat-minat saya

Saya ada berbagai-bagai minat, tetapi antara semua,minat yang paling saya gemari adalah MUZIK
kerana saya suka memain GITAR, cuma, sekarang, jarang sekali saya memain gitar saya. Hari ini, kerana saya tidak mahu lagi memain gitar yang betul , saya meminta daripada ayah saya untuk membelikan saya 'PAPER JAMZ'. Ini gitar yang palsu, dan ia fungsi bukan dari elektrik tetapi dari menggunakan bateri. Di sebelah kiri ini, ada gambar salah satu gitar 'PAPER JAMZ'. Ada lagi banyak desain yang ada selain dari gambar contoh salah satu gitar ' PAPER JAMZ '.


Saya pun suka mendengar LAGU terutama lagu-lagu Taylor Swift, seperti 'Love Story' dan 'OurSong'. Saya pun suka penyanyinya. Lagunya dan orangnya dua-dua saya gemari.


Jadi itulah dua dari antara semua minat-minat saya. Selamat Tinggal!! =O










Sabtu, 12 Februari 2011

Apa yang saya suka dan berbagai- bagai lagi...

Saya suka mendengar lagu-lagu Taylor Swift, seperti You Belong With Me, Our Song dan macam- macam lagi. Saya suka menonton televisyen dan bermain permainan komputer, tetapi itu bukan hobi saya. HOBI saya lain ceritalah..

Saya pernah mengatakan bahawa saya GEMAR makan makanan yang pedas dan bergoreng. Tetapi saya tidak mengatakan jenis makanan apa yang pedas dan bergoreng. Ia adalah MEE GORENG dan ROTI PRATA KEJU. Kadangkala, saya suka menghirup sup, terutama CAMPBELLE SUP.

Pada masa lapang saya, saya akan membuat ORIGAMI. Saya telah mencuba bermacam-macam jenis ORIGAMI. Tetapi malangnya, saya tidak lagi selalu mencuba membuat ORIGAMI yang baharu. Saya sekarang selalu mengisi masa lapang saya dengan membaca buku. Saya GEMAR membaca buku yang dipenuhi dengan pengembaraan. Saya tidak terlalu berminat dengan kisah-kisah cinta. Ini membosankan untuk saya(BOLEH TERTIDUR!) Cerita wayang pun sama, yang menarik dan tidak membosankan!! =P

Dah la... Saya dah malas nak tulis banyak-banyak lagi, dah la tu saya kena memikir apa yang saya sepatutnya menulis. Ini saja bagi sekarang! Selamat Tinggal!! =D

Nadiah Firzanah (6J)

Ahad, 23 Januari 2011

Persiapan untuk peperiksaan dan strategi untuk belajar

Saya tidak boleh percaya yang tahun ini saya berada di dalam darjah enam. Tahun ini, saya akan menduduki peperiksaan yang besar iaitu, PSLE. Saya mesti bekerja lebih keras untuk mencapai matlamat-matlamat saya untuk subjek-subjek yang tertentu. Saya pun mesti mendapat markah yang lebih baik untuk tahun ini. Jadi, saya mesti mengatur jadual bagaimana saya mesti belajar dengan tegas dan konsisten. Ini bermakna saya pun mesti mengatur masa saya untuk belajar dengan baik.

Persiapan yang lebih awal akan memberikan kita lebih banyak masa untuk mengulang kaji pelajaran dengan lebih konsisten seperti apa yang saya katakan tadi. Kebetulan, saya telah siapkan beberapa persiapan sebelum peperiksaan biasa atau peperiksaan besar, PSLE, bermula. Persiapannya adalah saya telah menyediakan jadual untuk belajar. Kedua, mengatur masa saya dengan baik berapa lama saya boleh untuk menghabiskan kerja sekolah saya.


Strategi saya adalah, untuk subjek sains, adalah untuk mencatat nota-nota yang saya telah pelajari di dalam buku nota, untuk subjek Matematik adalah apa yang saya pelajari saya akan cuba banyak kali sehingga saya faham apa yang diajar. Apa straregi dan persiapan yang saya katakan tadi, akan saya tunaikan dengan tegas dan saya harap dengan persiapan, strategi, jikalau saya bekerja keras untuk mencapai apa yang saya mahukan dan belajar secara konsisten, saya harap dengan diri saya sendiri yang saya boleh memasuki aliran Ekspres.

Rabu, 12 Januari 2011

Tentang Diri Saya

Nama saya adalah Nadiah Firzanah. Saya berada di dalam darjah enam, tahun yang paling mencabar untuk saya kerana inilah tahun yang saya akan menduduki peperiksaan yang besar iaitu, PSLE. Subjek yang paling saya gemar adalah subjek Bahasa Inggeris, yang kedua adalah Bahasa Melayu. Saya pun suka guru-guru yang berada di sekolah ini, semestinya yang mengajar saya.

Makanan yang saya gemar adalah makanan yang pedas dan yang goreng (saya tahu kita tidak boleh makan terlalu banyak makanan yang goreng) dan minuman yang saya gemar adalah milo dinosaur. Hobi saya adalah membaca buku dan bermain basikal. Ahli keluarga yang saya sayangi sepenuhnya ialah adik lelaki comel saya.

Matlamat saya untuk peperiksaan PSLE untuk subjek-subjek yang tertentu adalah untuk Bahasa Inggeris: A, untuk Bahasa Melayu: A+, untuk subjek Matematik:A, untuk subjek Sains:A+. Agregat yang saya hendak capai untuk peperiksaan besar, PSLE adalah 200 ke atas. Saya harap dengan diri saya yang saya akan mencapai matlamat itu dengan bekerja keras, tidak malas dan membuang tabiat buruk yang ada pada tahun lepas dan membentuk tabiat yang baharu untuk tahun baharu ini, 2011.