Selasa, 28 Jun 2011

Semasa Cuti Sekolah Jun Saya (1)


Semua murid di sekolah saya mesti gembira apabila cuti sekolah bulan Jun tiba. Saya hanya hendak melepaskan diri saya daripada keadaan di sekolah dan kerja-kerja sekolah saya. Sebab itulah saya tidak boleh sabar akan cuti sekolah dalam bulan Jun saya. Saya mengambil peluang untuk menelaah pelajaran dan belajar subjek-subjek yang telah dipelajari.

Tetapi jangan terkejut! Sepanjang cuti sekolah saya, takkanlah saya belajar sepenuhnya kan? Mesti saya mesti merehatkan diri saya. Pada 9 Jun, saya telah melihat cerita 'X-Men First Class' di wayang Singapura,The Cathay. Sebenarnya, tiket adalah percuma kerana syarikat ayah saya telah memberi tiket-tiket itu kepada semua pekerja di sana-ayah saya sudah jadi 'Supervisor'! Hehe... Ok, bukan tahun ini sahaja ada 'movie night' ini tetapi semenjak tahun 2009. Cikgu Tuty nak tahu apa filem-filemnya? Pada 2009,filem Transformers:Revenge Of The Fallen. Jikalau cikgu hendak tahu, saya tidak faham ceritanya dan kerana itulah saya berasa bosan dan tidak suka akan cerita itu.Pada tahun lepas pula, adalah Shrek: Forever After. Ini saya suka.Balik kepada X-Men. Sebelum saya menonton filem X-Men, saya sebenarnya tidak mahu menonton kerana saya tahu cerita begini seperti Transformers itu mesti bosan kan?(untuk saya)Malangnya,saya dipaksa menonton bersama sedara-sedara saya dan ayah saya.(ada 5 tiket,setiap tahun lain org akn tonton,krana saya dan keluarga sya plh)Apabila saya menonton, baru saya sedar filem itu adalah seronok dan saya boleh faham. Saya juga suka orang yang berlakon dalam filem itu.Cerita ini lain dari X-Men:Wolverine.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan