Jumaat, 25 Mac 2011

Cuti Sekolah Seminggu...

Saya suka cuti sekolah. Ini sungguh menyeronakkan! Saya suka sangat dan satu minggu macam tidak cukup untuk saya! Saya rasa ini adalah masa untuk kita bersama-sama keluarga kita dan bermesra-mesra.
Saya pergi ke Malaysia. Saya rasa yang saya hendak rasa bermandi di air terjun, jadi keluarga saya mengajak saya pergi ke Kota Tinggi di Johor. Saya berasa gembira apabila tiba masanya untuk saya mandi di air terjun itu. Apabila saya memasuki air terjun itu, airnya sungguh sejuk macam ais dan batu-batunya semuanya sungguh licin. Saya suka bila saya duduk di bawah air terjun itu, semua air itu terjun dan terkena kepala saya.
Tetapi malangnya, hujan renyai-renyai bermula. Saya sekeluarga pun mencari tempat berteduh. Selepas pergi ke Kota Tinggi Waterfalls Resort, kita pun mencari hotel. Hotel yang kita tidur adalah Zon Regency Hotel by the Sea. Kita tidur hanya untuk satu malam. Pemandangan dari bilik hotel kami sungguh indah kerana boleh nampak kolam renang, laut dan bangunan-bangunan Woodlands di bahagian laut lain.
Kita pun membeli-belah di Johor Bahru selepas 'check out' dari hotel. Selepas itu, kita pun makan Pizza Hut dan yang makanan yang tidak habis kita membawa balik ke Singapura. Kita pun pulang ke Singapura. Sebenarnya, selepas makan di Pizza Hut, kita tetap pergi ke lain tempat di Johor, seperti Tesco di Bukit Indah dan macam-macam lagi. Tetapi tidak mengapalah, saya pun dah rasa penat menulis lagi. Jikalau saya Menteri Pendidikan, saya mahu membuat cuti sekolah selama dua minggu. Selamat Tinggal! =D