Sabtu, 12 Februari 2011

Apa yang saya suka dan berbagai- bagai lagi...

Saya suka mendengar lagu-lagu Taylor Swift, seperti You Belong With Me, Our Song dan macam- macam lagi. Saya suka menonton televisyen dan bermain permainan komputer, tetapi itu bukan hobi saya. HOBI saya lain ceritalah..

Saya pernah mengatakan bahawa saya GEMAR makan makanan yang pedas dan bergoreng. Tetapi saya tidak mengatakan jenis makanan apa yang pedas dan bergoreng. Ia adalah MEE GORENG dan ROTI PRATA KEJU. Kadangkala, saya suka menghirup sup, terutama CAMPBELLE SUP.

Pada masa lapang saya, saya akan membuat ORIGAMI. Saya telah mencuba bermacam-macam jenis ORIGAMI. Tetapi malangnya, saya tidak lagi selalu mencuba membuat ORIGAMI yang baharu. Saya sekarang selalu mengisi masa lapang saya dengan membaca buku. Saya GEMAR membaca buku yang dipenuhi dengan pengembaraan. Saya tidak terlalu berminat dengan kisah-kisah cinta. Ini membosankan untuk saya(BOLEH TERTIDUR!) Cerita wayang pun sama, yang menarik dan tidak membosankan!! =P

Dah la... Saya dah malas nak tulis banyak-banyak lagi, dah la tu saya kena memikir apa yang saya sepatutnya menulis. Ini saja bagi sekarang! Selamat Tinggal!! =D

Nadiah Firzanah (6J)

2 ulasan:

  1. Hahaha...cikgu rasa Nadiah masih terlalu muda untuk membaca kisah-kisah cinta. Teruskanlah membaca tentang kisah-kisah pengembaraan.

    BalasPadam