Nama saya adalah Nadiah Firzanah. Saya berada di dalam darjah enam, tahun yang paling mencabar untuk saya kerana inilah tahun yang saya akan menduduki peperiksaan yang besar iaitu, PSLE. Subjek yang paling saya gemar adalah subjek Bahasa Inggeris, yang kedua adalah Bahasa Melayu. Saya pun suka guru-guru yang berada di sekolah ini, semestinya yang mengajar saya.
Makanan yang saya gemar adalah makanan yang pedas dan yang goreng (saya tahu kita tidak boleh makan terlalu banyak makanan yang goreng) dan minuman yang saya gemar adalah milo dinosaur. Hobi saya adalah membaca buku dan bermain basikal. Ahli keluarga yang saya sayangi sepenuhnya ialah adik lelaki comel saya.
Matlamat saya untuk peperiksaan PSLE untuk subjek-subjek yang tertentu adalah untuk Bahasa Inggeris: A, untuk Bahasa Melayu: A+, untuk subjek Matematik:A, untuk subjek Sains:A+. Agregat yang saya hendak capai untuk peperiksaan besar, PSLE adalah 200 ke atas. Saya harap dengan diri saya yang saya akan mencapai matlamat itu dengan bekerja keras, tidak malas dan membuang tabiat buruk yang ada pada tahun lepas dan membentuk tabiat yang baharu untuk tahun baharu ini, 2011.
Cikgu gembira Nadiah tahu apa yang harus dilakukan untuk mencapai agregat yang baik untuk peperiksaan PSLE nanti. Cikgu harap Nadiah terus memberi perhatian di dalam kelas dan terus berusaha! Syabas!
BalasPadamTerima kasih Cikgu Tuty!!
BalasPadam