Rabu, 6 Julai 2011

Seperti Katak Di Bawah Tempurung

Siapakah tahu apa maksudnya 'seperti katak di bawah tempurung'? Maksudnya adalah terhad pengalaman atau pengetahuan dan apa yang diketahui ialah hal-hal yang ada di sekeliling sahaja. Sekarang, apabila awak telah tahu maksudnya, saya akan memberitahu ceritanya yang saya telah cipta...


Inilah ceritanya... 
Ada seorang perempuan bernama Dalia. Dia hanya seorang di dalam kelas yang amat cantik, di kalangan murid perempuan yang lain. Dalia pun yang paling cantik daripada semua murid perempuan di sekolahnya. Murid-murid perempuan yang lain semua cemburu dengannya kerana kecantikannya, jadi tiada satu pun murid perempuan yang berkawan dengannya, kecuali seorang murid perempuan bernama, Qistina. Qistina yang selalu temannya. Sebenarnya, Qistina pun cantik juga sebab itu Dalia hendaknya untuk menjadi kawan baik. Dalia hanya memilih kawannya yang cantik seperti dia.


Ramai murid lelaki di sekolahnya suka akan dia. Dalia pun beranggapan bahawa kerana dia cantik, dan ramai orang di sekelilingnya atau Qistina tahu akannya dan akan selalu memberitahunya berita atau apa-apa di sekelilingnya, dia hanya berharap pada mereka.Semenjak itu, Dalia tidak akan membaca suratkhabar atau buku. Dia suka menonton televisyen tetapi di a tidak akan menonton berita walaupaun ibu-bapanya menyuruhnya.Dalia hanya akan pekakkan telinganya. Dia telah bosan dengan mereka. Setiap hari, mereka berkata begitu. Ia telah menjadi suatu leteran untuk Dalia.

Suatu hari, di berita,mereka menyuruh semua penduduk yang terdapat anak perempuan yang cantik supaya berhati-hati.Ada terdapat seorang lelaki yang mempunyai katak, akan selalu menipu murid-murid perempuan yang cantik. Dia akan menipu mereka dengan KATAK yang sungguh kacak hanya kerana dia mahukan duit. Malangnya, Dalia tidak tahu tentang berita itu.Kesian... Kawannya,Qistina pun pada masa itu, tidak menonton berita apabila tentang lelaki itu dipaparkan.


Betul juga, lelaki itu muncul di depan rumah Dalia. (dia telah menjejaki Dalia, kerana kawan lelaki itu telah memberitahunya tentang murid perempuan yang paling cantik, iaitu Dalia.)Kebetulan, Dalia suka akan lelaki yang mahu menerimanya sebagai teman wanita mereka. Eww.. Tidak ape...Tetapi, lelaki itu mesti kacak!! Hai.. Dalia juga suka memelihara binatang seperti kucing tetapi ibu-bapanya tidak membenarkannya. Jadi, lelaki itu pun ketuk pintu rumah Dalia. Pada masa itu, ibu-bapanya tiada di rumah, jadi senanglah lelaki itu mahu menipunya.Lelaki itu pun kacak rupanya.

Dalia pun menuju ke pintu rumahnya dan membuka. Dia terperanjat seketika kerana melihat yang lelaki itu sungguh tampan. Dalia termenung ke arah lelaki itu selama 3 minit sahaja kerana pada masa itu juga KATAK lelaki itu melompat ke arah muka Dalia!Lelaki itu terus senyum, berpuas hati dengan rancangannya. Dia tahu bahawa murid perempuan yang cantik akan terpikat dengannya. Dalia terus pengsan dan tidak sedar diri kerana KATAK itu berbau busuk semacam nangka dan dia tidak tahan dengan baunya. Dengan lelaki itu tahu bahawa tiada orang lain di dalam rumah Dalia, dia dengan pantas macam kilat, menuju ke bilik Dalia.

Dia tahu kerana dia telah menjejaki Dalia di mana dia tinggal, di mana biliknya dan sebagainua. Lelaki itu pun pergi ke almari Dalia. Dia membuka pintu almari tersebut, tetapi dalamnya mesti didahului dengan kata laluan untuk membuka lagi satu pintu. Lelaki itu gagal tetapi berjaya selepas beberapa cubaan. Apabila lelaki itu membuka pintunya, terdapat sejuta dolar!! Lelaki itu sangat ghairah dan hanya apabila lelaki itu mahu mencuri wang itu, Dalia yang baru sedar menarik sekuat-sekuatnya tangan lelaki itu. Malangnya, lelaki itu lebih gagah, dia telah menyediakan pistol di dalam poketnya jika Dalia hendak serangnya. Dia terus menembak Dalia dan ia,terus meninggal dunia dan lelaki itu dapat mengambil duit.

Jadi Cikgu Tuty, memang tidak kelakar kan?? Saya pun sembarang membuat cerita ini dan tidak tahu apa akan berakhir. Tetapi, lelaki itu akan ditangkap oleh polis juga. Ibu-bapanya terkejut akan kematian Dalia dan selanjutnya. Di sini kita boleh pelajari bahawa kita sepatutnya harus mengetahui perkara di sekeliling kita, bukan macam Dalia. Dia ini memang degil orangnya tidak mahu dengar kata orang yang lebih dewasanya daripadanya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan