Selain menonton wayang, saya dan keluarga saya pun pergi ke Desaru.Kami pergi ke sana dengan kereta melalui 'highway' yang baru dibina daripada kita melalui jalan dahulu.Ia lebih cepat dan ringkas jika melalui 'highway', tidak payahlah belok sini belok sana hai susah!(tetapi yng bagusnya,membuat pemandu itu fokus dan tidak mengantuk.Hai..baik juga kita yng tidur.. hehehe....) Kami sekeluarga bercadang untuk tinggal di 'hotel' Lotus Desaru dahulu.Baru nak cuba-cuba macam gitulah kan?? Alah,sebab Lotus Desaru itu dipaparkan kat Facebk, hah,sebabtulah...ramai Singapura pergi ke sana.Oh ya,kami cuba hotel yang ini dahulu, baru Pulai dan selanjutnya.
Sambung ya cerita saya... Kami pergi memilih yang ada dua tingkat dan bilik kami di tingkat lima,blok B. Yang tentu dan paling menarik sekali, pemandangan kita menghadap 'Water Park'! Yahoo!Ia baru dibina dan sebelum itu, macam biasalah hotel-hotel yang lain kolam renang biasa... Eieee...Bosannya.. Setakat berenang,main-main sendiri di dalam. Kan lagi seronok jika membina Water Play ke apa kan?? Jadi sebab itulah Lotus membina 'Water Park'.Gambar di atas itu tidak lengkap lah..kerana saya mengambil dari Google.Tidak mengapalah pergi sana sendiri tengok sendiri HA...'Water Park itu sungguh 'cool' terutama sekali 'Lazy River'. Macam Singaporenye Wild wild wet punya Shiok River?? Tetapi ini lagi 'best'!
Kami pun pergi makan malam di hotel itu sekali. Makanan mereka sedap-sedap belaka... Membuat saya lapar sahaja. Hmm..Apalah yang saya boleh buat.. Makanlah! Hai.. Apa sajalah saya ini kan cikgu Tuty? Hehe..Hmm malaslah cerita panjang sngt psl kat Lotus ini. Mari kita lanjutkan lah.Kami pun 'checkout' oh ya sebelum itu saya mandi di water park itu dua kali! Boleh kira tiga kali ah! UMM.. Kita 'checkout' lepas itu kami pergi ke Mersing!! (untuk membeli keropok lekor,HAHA!)Sebenarnya, di Lotus, saya makan breakfast itu semua dan macam-macam lagi tapi malaslah nak ceritakan..
Dah tu saja lah untuk di Malaysia.. Saya,keluarga dan sedara pun pergi di Singapura juga.Seperti IMM,Sentosa dan macam lagi lah. Ok saya dahh nak akhiri pos ini dan sebelumnya okie?? Ok, selamat tinggal ya!
Rabu, 29 Jun 2011
Selasa, 28 Jun 2011
Semasa Cuti Sekolah Jun Saya (1)
Tetapi jangan terkejut! Sepanjang cuti sekolah saya, takkanlah saya belajar sepenuhnya kan? Mesti saya mesti merehatkan diri saya. Pada 9 Jun, saya telah melihat cerita 'X-Men First Class' di wayang Singapura,The Cathay. Sebenarnya, tiket adalah percuma kerana syarikat ayah saya telah memberi tiket-tiket itu kepada semua pekerja di sana-ayah saya sudah jadi 'Supervisor'! Hehe... Ok, bukan tahun ini sahaja ada 'movie night' ini tetapi semenjak tahun 2009. Cikgu Tuty nak tahu apa filem-filemnya? Pada 2009,filem Transformers:Revenge Of The Fallen. Jikalau cikgu hendak tahu, saya tidak faham ceritanya dan kerana itulah saya berasa bosan dan tidak suka akan cerita itu.Pada tahun lepas pula, adalah Shrek: Forever After. Ini saya suka.Balik kepada X-Men. Sebelum saya menonton filem X-Men, saya sebenarnya tidak mahu menonton kerana saya tahu cerita begini seperti Transformers itu mesti bosan kan?(untuk saya)Malangnya,saya dipaksa menonton bersama sedara-sedara saya dan ayah saya.(ada 5 tiket,setiap tahun lain org akn tonton,krana saya dan keluarga sya plh)Apabila saya menonton, baru saya sedar filem itu adalah seronok dan saya boleh faham. Saya juga suka orang yang berlakon dalam filem itu.Cerita ini lain dari X-Men:Wolverine.
Ahad, 22 Mei 2011
Semasa Hari Vesak
Semasa Hari Vesak, ia adalah hari cuti awam. Inilah masanya saya mengambil peluang dengan keluarga saya untuk pergi beriadah dan pergi melakukan aktiviti-aktiviti yang menarik dan lasak.Kebetulan, saya suka pergi ke Woodlands Waterfront, yang baru sahaja dibuka. Saya pergi ke sana dengan keluarga saya dan saudara-mara saya. Di sana. ada taman permainan dan tempat untuk bersenam. Saya gemar memanjat 'Spider Web' dan bermain buai sehinggga saya terlupa akan masa yang berlalu dengan cepat sekali.
Saya pun suka pergi ke tempat-tempat peranginan atau aktiviti-aktiviti yang menarik seperti di Sentosa, HortPark, taman, DownTown East dan berbagai-bagai lagi yang ada di seluruh Singapura ini.Selain itu, saya pun telah pergi ke pusat membeli-belah untuk membeli barang-barang yang saya gemar. Ini sungguh WOW! Saya suka membeli-belah kerana kita boleh melihat bermacam-macam barang.
Setelah itu,kami pun makan, pergi ke tempat lain yang menarik. Jadi saya suka keluar dan melakukan aktiviti-aktiviti yang menarik dan lasak seperti di Sentosa. Dah itu sahaja untuk sekarang, jadi WOW! Pusat Beli Belah INI.. Takdelah... Cuma Bergurau Saja Lah... OK........ BYE...........

Selasa, 26 April 2011
Peristiwa yang tidak dapat saya lupakan
Peristiwa yang tidak dapat saya lupakan adalah apabila saya dijemput ke Pesta Hari Jadi saudara saya yang paling saya rapat, diadakan di Genting. Ini bukan tempat tinggalnya,tetapi keluarganya bercadang untuk meraih hari lahirnya di sana. Apabila saya dan saudara-mara yang lain berjumpa(tanpa saudara saya yang menyambut hari lahirnya),kami sungguh seronok,ghairah dan TIDAK SABAR! Kami semua sebenarnya tahu sejak dahulu lagi,bahawa saudara kami yang menyambut hari lahirnya itu,yang bernama Nayli, pandai bernyanyi sambil menari, di antara kami semua saudara.Kadangkala,apabila di masa lapang, dia yang selalu mengajar kami bernyanyi sambil menari dengan baik dan bagus sekali.Nayli, apabila selalunya gilirannya untuk mempersembahkan persembahannya di atas pentas, tidak ada sekali pun dia mengecewakan kami.Dia selalu mendapat banyak pujian daripada saya,saudara-mara saya yang lain,ibu-bapanya dan banyak-banyak lagi. Kadangkala, saya berasa cemburu dengan bakatnya itu, tetapi saya tidak pernah kata apa-apa tentang benda itu kepadanya,takut-takut jikalau dia akan berasa marah.Itu adalah permulaan yang saya kata kepadanya yang saya hendak belajar daripadanya(tetapi saya tidak sebut tentang kecemburuan saya).Jadi,hari itu, kami semua berangkat ke Malaysia,Genting.Kami di berasingan kereta. Kami semua berjumpa di tempat yang dirancang oleh yang dewasa.Apabila kami semua di luar tempat itu,saya berjumpa dengan saudara-mara saya yang lain. Kami berasa sungguh gembira apabila menuju ke tempat yang dirancang itu. Apabila kita sampai, kita sudah boleh mendengar bunyi bising dari dalam.Itu membuat kami lagi berasa seronok.Kami mula memasuki tempat yang telah dihias oleh keluarga Nayli. Ia sungguh cantik dan berwarna-warni. Kami pun bermain permainan,memakan kek dan membuat macam-macam lagi.
Perkara yang kami tidak boleh tunggu, adalah persembahan yang Nayli akan mempersembahkan. Semua orang menepuk tangan gemuruh untuk Nayli yang sedang naik ke atas pentas yang sesuai hari jadi ini.Dia menukar pakaiannya kepada lebih kilat dan menarik. Bunyi lagu pun didendangkan, dan dia mula menyanyi, dan pada mulanya,suaranya merdu,tetapi lama kelamaan,suaranya hampir serak. Begitu juga berlaku apabila dia menari. Pada mulanya,tariannya bagus tetapi lama kelamaan,tariannya jadi tidak terurus. Semua orang yang hadir, yang melihat persembahannya, semua bingung dan hairan dengan perbuatannya.Selepas persembahannya, tiada seseorang pun yang memujinya,termasuk saya,dan perkara ini bukan seperti dahulu.Apabila dia menghampiri saya dan saudara-mara yang lain menjauhinya, saya bercadang tidak mahu berkata apa-apa pun dengannya pada hari lahirnya itu.Jikalau dia mengulangi perbuatan itu, perkara yang sama akan berlaku. Saya tidak akan memaafinya dan saya tahu ini perbuatan yang salah,tetapi kerana selama ini dia tidak pernah melakukan kesalahan ini,ini tetap kata putus saya.Perbuatan ini yang tidak dapat saya lupakan hingga sekarang,kerana itu bukan kali pertama, tetapi sudah tiga kali dia membuat kesalahan ini. Saya,saudara-mara saya semua setuju dengan keputusan saya.Cuma ibu-bapa saya sahaja. Mereka menasihati saya supaya jangan salah atau buruk sangka terhadapnya. Maka inilah peristiwa yang tidak dapat saya lupakan, seumur hidup saya.
Jumaat, 25 Mac 2011
Cuti Sekolah Seminggu...
Saya suka cuti sekolah. Ini sungguh menyeronakkan! Saya suka sangat dan satu minggu macam tidak cukup untuk saya! Saya rasa ini adalah masa untuk kita bersama-sama keluarga kita dan bermesra-mesra.
Saya pergi ke Malaysia. Saya rasa yang saya hendak rasa bermandi di air terjun, jadi keluarga saya mengajak saya pergi ke Kota Tinggi di Johor. Saya berasa gembira apabila tiba masanya untuk saya mandi di air terjun itu. Apabila saya memasuki air terjun itu, airnya sungguh sejuk macam ais dan batu-batunya semuanya sungguh licin. Saya suka bila saya duduk di bawah air terjun itu, semua air itu terjun dan terkena kepala saya.
Tetapi malangnya, hujan renyai-renyai bermula. Saya sekeluarga pun mencari tempat berteduh. Selepas pergi ke Kota Tinggi Waterfalls Resort, kita pun mencari hotel. Hotel yang kita tidur adalah Zon Regency Hotel by the Sea. Kita tidur hanya untuk satu malam. Pemandangan dari bilik hotel kami sungguh indah kerana boleh nampak kolam renang, laut dan bangunan-bangunan Woodlands di bahagian laut lain.
Kita pun membeli-belah di Johor Bahru selepas 'check out' dari hotel. Selepas itu, kita pun makan Pizza Hut dan yang makanan yang tidak habis kita membawa balik ke Singapura. Kita pun pulang ke Singapura. Sebenarnya, selepas makan di Pizza Hut, kita tetap pergi ke lain tempat di Johor, seperti Tesco di Bukit Indah dan macam-macam lagi. Tetapi tidak mengapalah, saya pun dah rasa penat menulis lagi. Jikalau saya Menteri Pendidikan, saya mahu membuat cuti sekolah selama dua minggu. Selamat Tinggal! =D

Selasa, 15 Februari 2011
Minat-minat saya
Saya ada berbagai-bagai minat, tetapi antara semua,minat yang paling saya gemari adalah MUZIK
kerana saya suka memain GITAR, cuma, sekarang, jarang sekali saya memain gitar saya. Hari ini, kerana saya tidak mahu lagi memain gitar yang betul , saya meminta daripada ayah saya untuk membelikan saya 'PAPER JAMZ'. Ini gitar yang palsu, dan ia fungsi bukan dari elektrik tetapi dari menggunakan bateri. Di sebelah kiri ini, ada gambar salah satu gitar 'PAPER JAMZ'. Ada lagi banyak desain yang ada selain dari gambar contoh salah satu gitar ' PAPER JAMZ '.
Saya pun suka mendengar LAGU terutama lagu-lagu Taylor Swift, seperti 'Love Story' dan 'OurSong'. Saya pun suka penyanyinya. Lagunya dan orangnya dua-dua saya gemari.
Jadi itulah dua dari antara semua minat-minat saya. Selamat Tinggal!! =O
Sabtu, 12 Februari 2011
Apa yang saya suka dan berbagai- bagai lagi...
Saya suka mendengar lagu-lagu Taylor Swift, seperti You Belong With Me, Our Song dan macam- macam lagi. Saya suka menonton televisyen dan bermain permainan komputer, tetapi itu bukan hobi saya. HOBI saya lain ceritalah..
Saya pernah mengatakan bahawa saya GEMAR makan makanan yang pedas dan bergoreng. Tetapi saya tidak mengatakan jenis makanan apa yang pedas dan bergoreng. Ia adalah MEE GORENG dan ROTI PRATA KEJU. Kadangkala, saya suka menghirup sup, terutama CAMPBELLE SUP.
Pada masa lapang saya, saya akan membuat ORIGAMI. Saya telah mencuba bermacam-macam jenis ORIGAMI. Tetapi malangnya, saya tidak lagi selalu mencuba membuat ORIGAMI yang baharu. Saya sekarang selalu mengisi masa lapang saya dengan membaca buku. Saya GEMAR membaca buku yang dipenuhi dengan pengembaraan. Saya tidak terlalu berminat dengan kisah-kisah cinta. Ini membosankan untuk saya(BOLEH TERTIDUR!) Cerita wayang pun sama, yang menarik dan tidak membosankan!! =P
Dah la... Saya dah malas nak tulis banyak-banyak lagi, dah la tu saya kena memikir apa yang saya sepatutnya menulis. Ini saja bagi sekarang! Selamat Tinggal!! =D
Nadiah Firzanah (6J)

Langgan:
Catatan (Atom)