Sabtu, 12 Februari 2011

Apa yang saya suka dan berbagai- bagai lagi...

Saya suka mendengar lagu-lagu Taylor Swift, seperti You Belong With Me, Our Song dan macam- macam lagi. Saya suka menonton televisyen dan bermain permainan komputer, tetapi itu bukan hobi saya. HOBI saya lain ceritalah..

Saya pernah mengatakan bahawa saya GEMAR makan makanan yang pedas dan bergoreng. Tetapi saya tidak mengatakan jenis makanan apa yang pedas dan bergoreng. Ia adalah MEE GORENG dan ROTI PRATA KEJU. Kadangkala, saya suka menghirup sup, terutama CAMPBELLE SUP.

Pada masa lapang saya, saya akan membuat ORIGAMI. Saya telah mencuba bermacam-macam jenis ORIGAMI. Tetapi malangnya, saya tidak lagi selalu mencuba membuat ORIGAMI yang baharu. Saya sekarang selalu mengisi masa lapang saya dengan membaca buku. Saya GEMAR membaca buku yang dipenuhi dengan pengembaraan. Saya tidak terlalu berminat dengan kisah-kisah cinta. Ini membosankan untuk saya(BOLEH TERTIDUR!) Cerita wayang pun sama, yang menarik dan tidak membosankan!! =P

Dah la... Saya dah malas nak tulis banyak-banyak lagi, dah la tu saya kena memikir apa yang saya sepatutnya menulis. Ini saja bagi sekarang! Selamat Tinggal!! =D

Nadiah Firzanah (6J)

Ahad, 23 Januari 2011

Persiapan untuk peperiksaan dan strategi untuk belajar

Saya tidak boleh percaya yang tahun ini saya berada di dalam darjah enam. Tahun ini, saya akan menduduki peperiksaan yang besar iaitu, PSLE. Saya mesti bekerja lebih keras untuk mencapai matlamat-matlamat saya untuk subjek-subjek yang tertentu. Saya pun mesti mendapat markah yang lebih baik untuk tahun ini. Jadi, saya mesti mengatur jadual bagaimana saya mesti belajar dengan tegas dan konsisten. Ini bermakna saya pun mesti mengatur masa saya untuk belajar dengan baik.

Persiapan yang lebih awal akan memberikan kita lebih banyak masa untuk mengulang kaji pelajaran dengan lebih konsisten seperti apa yang saya katakan tadi. Kebetulan, saya telah siapkan beberapa persiapan sebelum peperiksaan biasa atau peperiksaan besar, PSLE, bermula. Persiapannya adalah saya telah menyediakan jadual untuk belajar. Kedua, mengatur masa saya dengan baik berapa lama saya boleh untuk menghabiskan kerja sekolah saya.


Strategi saya adalah, untuk subjek sains, adalah untuk mencatat nota-nota yang saya telah pelajari di dalam buku nota, untuk subjek Matematik adalah apa yang saya pelajari saya akan cuba banyak kali sehingga saya faham apa yang diajar. Apa straregi dan persiapan yang saya katakan tadi, akan saya tunaikan dengan tegas dan saya harap dengan persiapan, strategi, jikalau saya bekerja keras untuk mencapai apa yang saya mahukan dan belajar secara konsisten, saya harap dengan diri saya sendiri yang saya boleh memasuki aliran Ekspres.

Rabu, 12 Januari 2011

Tentang Diri Saya

Nama saya adalah Nadiah Firzanah. Saya berada di dalam darjah enam, tahun yang paling mencabar untuk saya kerana inilah tahun yang saya akan menduduki peperiksaan yang besar iaitu, PSLE. Subjek yang paling saya gemar adalah subjek Bahasa Inggeris, yang kedua adalah Bahasa Melayu. Saya pun suka guru-guru yang berada di sekolah ini, semestinya yang mengajar saya.

Makanan yang saya gemar adalah makanan yang pedas dan yang goreng (saya tahu kita tidak boleh makan terlalu banyak makanan yang goreng) dan minuman yang saya gemar adalah milo dinosaur. Hobi saya adalah membaca buku dan bermain basikal. Ahli keluarga yang saya sayangi sepenuhnya ialah adik lelaki comel saya.

Matlamat saya untuk peperiksaan PSLE untuk subjek-subjek yang tertentu adalah untuk Bahasa Inggeris: A, untuk Bahasa Melayu: A+, untuk subjek Matematik:A, untuk subjek Sains:A+. Agregat yang saya hendak capai untuk peperiksaan besar, PSLE adalah 200 ke atas. Saya harap dengan diri saya yang saya akan mencapai matlamat itu dengan bekerja keras, tidak malas dan membuang tabiat buruk yang ada pada tahun lepas dan membentuk tabiat yang baharu untuk tahun baharu ini, 2011.

Isnin, 15 November 2010

Tahun 2010 di WGPS

Tahun 2010 berlalu dengan cepat.Saya berasa sedih untuk meninggalkan tahun 2010 ini kerana tahun ini sangat gembira untuk saya.Saya telah berkawan dengan lebih ramai murid yang saya tidak kenali. Saya juga mengenali ramai guru. Mereka sungguh ramah dan baik dengan saya.

Di tahun 2010, saya di dalam darjah lima. Guru kelas saya namanya Mdm Lim. Guru Inggeris saya adalah Mdm Anom.Mdm Anom mengajar saya subjek Inggeris. Saya suka cara dia mengajar saya.Kadangkala apabila saya tidak faham soalan, dia selalu akan membahagikan masanya untuk mengajar saya. Dia adalah guru yang saya paling suka di sekolah ini.Selain daripada Mdm Anom, guru bahasa Melayu saya adalah Cikgu Tuty. Walaupun dia tegas, saya tetap menghargainya kerana mengajar saya dengan baik.

Saya juga sangat sedih kerana ramai kawan saya tahun ini yang kelas sama dengan saya berada di kelas lain. Saya cuma ada peluang untuk bersemuka dengan mereka hanya pada waktu rehat. Kenangan manis adalah pada waktu rehat, saya akan ketawa dengan mereka.

Kenangan pahit adalah saya pernah terjatuh dan kawan baik saya lalu, tetapi dia tidak menolong saya. Saya sangat sedih dan marah kerana dia tidak membantu saya.Sejak hari itu, dia bukan kawan baik saya lagi.




Selasa, 26 Oktober 2010

Menjelang Peperiksaan

Pada peperiksaan akhir tahun ini, saya mahu memperbaiki markah Matematik dan Sains saya dari markah yang saya dapati sebelum peperiksaan ini bermula. Saya mahu mencapai cita-cita saya ini untuk memuaskan ibu-bapa saya dengan berjanji kepada mereka yang saya mesti belajar dengan rajin dan tekun setiap hari sekurang-kurangnya dua jam untuk Matematik, dua jam untuk Sains peperiksaan dan dua jam lagi untuk Inggeris dan Melayu.

Saya akan mengulangkaji pelajaran saya berulang-ulang kali. Saya akan cam kesilapan-kesilapan saya dan melihat bagaimana caranya saya menyelesaikan soalan itu dengan betul. Selepas itu, baru saya menutup cara-caranya dan mencuba menyelesaikan soalan itu sendiri.

Selain dari itu, saya akan membuat ujian yang diberikan oleh guru tuisyen saya. Saya akan terus membuat yang terbaik untuk peperiksaan saya.

Khamis, 23 September 2010

Sajak Hujan!!


Hujan

Ada yang berkata engkaulah yang memberikan air kepada mereka.
yang membasahi bumi,
betulkah, hujan?

Ada yang berkata engkau turun ke bumi dari langit
membawa air dan rahmat
betulkah,hujan?

Aku ingin tahu lebih tentang kamu
apatah daya aku mendiamkan diri
aku hanya tahu sedikit tentang kamu
engkaulah yang menghibur hatiku selalu
engkaulah inspirasi

Rabu, 15 September 2010

Perasaan saya tentang hujan air batu jikalau ia melanda negeri saya.


Hujan Air Batu tidak pernah melanda negeri saya, itulah sebabnya saya tidak pernah mengalaminya. Namun seandainya ia melanda negeri saya, saya akan terkejut dan merasa takut dengan malapetaka ini.
Ia akan menyebabkan bahaya kerana ia boleh mencederekan orang-orang yang berada di luar rumah mereka. Saya boleh bayangkan bagaimana keadaan saya jikalau saya dikena hujan air batu itu.Ia pasti sakit.