Isnin, 15 November 2010

Tahun 2010 di WGPS

Tahun 2010 berlalu dengan cepat.Saya berasa sedih untuk meninggalkan tahun 2010 ini kerana tahun ini sangat gembira untuk saya.Saya telah berkawan dengan lebih ramai murid yang saya tidak kenali. Saya juga mengenali ramai guru. Mereka sungguh ramah dan baik dengan saya.

Di tahun 2010, saya di dalam darjah lima. Guru kelas saya namanya Mdm Lim. Guru Inggeris saya adalah Mdm Anom.Mdm Anom mengajar saya subjek Inggeris. Saya suka cara dia mengajar saya.Kadangkala apabila saya tidak faham soalan, dia selalu akan membahagikan masanya untuk mengajar saya. Dia adalah guru yang saya paling suka di sekolah ini.Selain daripada Mdm Anom, guru bahasa Melayu saya adalah Cikgu Tuty. Walaupun dia tegas, saya tetap menghargainya kerana mengajar saya dengan baik.

Saya juga sangat sedih kerana ramai kawan saya tahun ini yang kelas sama dengan saya berada di kelas lain. Saya cuma ada peluang untuk bersemuka dengan mereka hanya pada waktu rehat. Kenangan manis adalah pada waktu rehat, saya akan ketawa dengan mereka.

Kenangan pahit adalah saya pernah terjatuh dan kawan baik saya lalu, tetapi dia tidak menolong saya. Saya sangat sedih dan marah kerana dia tidak membantu saya.Sejak hari itu, dia bukan kawan baik saya lagi.




Selasa, 26 Oktober 2010

Menjelang Peperiksaan

Pada peperiksaan akhir tahun ini, saya mahu memperbaiki markah Matematik dan Sains saya dari markah yang saya dapati sebelum peperiksaan ini bermula. Saya mahu mencapai cita-cita saya ini untuk memuaskan ibu-bapa saya dengan berjanji kepada mereka yang saya mesti belajar dengan rajin dan tekun setiap hari sekurang-kurangnya dua jam untuk Matematik, dua jam untuk Sains peperiksaan dan dua jam lagi untuk Inggeris dan Melayu.

Saya akan mengulangkaji pelajaran saya berulang-ulang kali. Saya akan cam kesilapan-kesilapan saya dan melihat bagaimana caranya saya menyelesaikan soalan itu dengan betul. Selepas itu, baru saya menutup cara-caranya dan mencuba menyelesaikan soalan itu sendiri.

Selain dari itu, saya akan membuat ujian yang diberikan oleh guru tuisyen saya. Saya akan terus membuat yang terbaik untuk peperiksaan saya.

Khamis, 23 September 2010

Sajak Hujan!!


Hujan

Ada yang berkata engkaulah yang memberikan air kepada mereka.
yang membasahi bumi,
betulkah, hujan?

Ada yang berkata engkau turun ke bumi dari langit
membawa air dan rahmat
betulkah,hujan?

Aku ingin tahu lebih tentang kamu
apatah daya aku mendiamkan diri
aku hanya tahu sedikit tentang kamu
engkaulah yang menghibur hatiku selalu
engkaulah inspirasi

Rabu, 15 September 2010

Perasaan saya tentang hujan air batu jikalau ia melanda negeri saya.


Hujan Air Batu tidak pernah melanda negeri saya, itulah sebabnya saya tidak pernah mengalaminya. Namun seandainya ia melanda negeri saya, saya akan terkejut dan merasa takut dengan malapetaka ini.
Ia akan menyebabkan bahaya kerana ia boleh mencederekan orang-orang yang berada di luar rumah mereka. Saya boleh bayangkan bagaimana keadaan saya jikalau saya dikena hujan air batu itu.Ia pasti sakit.

Isnin, 2 Ogos 2010

Pencapaian dan Harapan Saya

Dari darjah satu, pencapaian saya adalah untuk mencapai markah yang tinggi untuk peperiksaan-peperiksaan saya. Oleh kerana saya sedang dalam darjah lima tahun ini, saya hendak mencapai gred A+ atau A star untuk PSLE saya.



Harapan saya pula adalah untuk memenangi pingat emas bagi peraduan-peraduan yang telah di disediakan. Saya hanya dapat pingat emas pada darjah satu bagi peraduan menyanyi di sekolah dan mendapat tempat pertama dan saya memenangi pingat emas dan mendapat tempat saguhati apabila saya bertarung dengan sekolah lain.

Saya mengharap yang saya boleh mencapai impian yang lain dan akan terus berusaha untuk mencapai harapan saya dan pencapaian saya. Ibu-bapa saya akan terus menyokong saya demi pelajaran dan sukan. Cita-cita saya adalah untuk menjadi seorang guru Matematik atau Melayu.Perubahan dalam diri saya sendiri adalah saya telah memperbaiki markah peperiksaan saya. Saya lebih aktif dan keberanian saya lebih baik. Saya akan terus berusaha hingga menara gading.

Khamis, 29 Julai 2010

Hari Kebangsaan Singapura(Latihan)

Hari Kebangsaan Singapura diadakan pada Padang tahun ini. Untuk murid-murid darjah lima, termasuk saya, kita telah dipeluang untuk pergi ke latihan sahaja. Walaupun begitu, kita tetap rasa gembira dan seronok bersama-sama rakan-rakan kita. Yang paling terbaik adalah bunga apinya, penyanyi-penyanyi terkenal menyanyi dan banyak-banyak lagi. Kita pun sedih apabila ia sudah habis dan masa untuk kita pulang. Kita akan tetap mengingati hari itu.

Aktiviti ''Bawa dan Berborak''

Apabila saya di dalam darjah satu dan dua, guru Melayu saya telah mengadakan aktiviti ini. Kita harus membawa sesuatu benda yang menarik dan menceritakan kepada kelas apa yang menarik tentang benda itu. Yang paling saya suka untuk aktiviti itu adalah saya suka melihat kawan-kawan saya menceritakan tentang benda menarik yang mereka membawa itu. Malangnya, saya tidak suka jikalau giliran telah tiba. Saya tidak suka menceritakan tentang benda menarik yang saya telah bawa. Bagaimanapun, saya tetap rasa seronok melihat kawan-kawan saya menceritakan tentang benda menarik mereka yang mereka membawa.