Selasa, 15 Februari 2011

Minat-minat saya

Saya ada berbagai-bagai minat, tetapi antara semua,minat yang paling saya gemari adalah MUZIK
kerana saya suka memain GITAR, cuma, sekarang, jarang sekali saya memain gitar saya. Hari ini, kerana saya tidak mahu lagi memain gitar yang betul , saya meminta daripada ayah saya untuk membelikan saya 'PAPER JAMZ'. Ini gitar yang palsu, dan ia fungsi bukan dari elektrik tetapi dari menggunakan bateri. Di sebelah kiri ini, ada gambar salah satu gitar 'PAPER JAMZ'. Ada lagi banyak desain yang ada selain dari gambar contoh salah satu gitar ' PAPER JAMZ '.


Saya pun suka mendengar LAGU terutama lagu-lagu Taylor Swift, seperti 'Love Story' dan 'OurSong'. Saya pun suka penyanyinya. Lagunya dan orangnya dua-dua saya gemari.


Jadi itulah dua dari antara semua minat-minat saya. Selamat Tinggal!! =O










Sabtu, 12 Februari 2011

Apa yang saya suka dan berbagai- bagai lagi...

Saya suka mendengar lagu-lagu Taylor Swift, seperti You Belong With Me, Our Song dan macam- macam lagi. Saya suka menonton televisyen dan bermain permainan komputer, tetapi itu bukan hobi saya. HOBI saya lain ceritalah..

Saya pernah mengatakan bahawa saya GEMAR makan makanan yang pedas dan bergoreng. Tetapi saya tidak mengatakan jenis makanan apa yang pedas dan bergoreng. Ia adalah MEE GORENG dan ROTI PRATA KEJU. Kadangkala, saya suka menghirup sup, terutama CAMPBELLE SUP.

Pada masa lapang saya, saya akan membuat ORIGAMI. Saya telah mencuba bermacam-macam jenis ORIGAMI. Tetapi malangnya, saya tidak lagi selalu mencuba membuat ORIGAMI yang baharu. Saya sekarang selalu mengisi masa lapang saya dengan membaca buku. Saya GEMAR membaca buku yang dipenuhi dengan pengembaraan. Saya tidak terlalu berminat dengan kisah-kisah cinta. Ini membosankan untuk saya(BOLEH TERTIDUR!) Cerita wayang pun sama, yang menarik dan tidak membosankan!! =P

Dah la... Saya dah malas nak tulis banyak-banyak lagi, dah la tu saya kena memikir apa yang saya sepatutnya menulis. Ini saja bagi sekarang! Selamat Tinggal!! =D

Nadiah Firzanah (6J)