Selasa, 20 Julai 2010

Peraduan Piramida

Saya sebenarnya hendak mencuba peraduan Piramida tetapi tidak ada masa untuk berlatih. Jikalau saya tidak berlatih, saya tidak boleh masuk dalam peraduan itu. Walaupun saya tidak memasuki peraduan itu,saya masih melihat rakan-rakan saya melakukannya. Mereka sungguh berani berada di atas pentas. Kalau saya, saya pun boleh,tetapi seperti saya mengatakan tadi, tidak cukup masa.

Saya selalu bertanya pada diri saya bagaimana mereka boleh menerangkan perkataan yang mereka lihat di skrin dan bagaimana mereka boleh memikirkan perkataan yang diterangkan oleh orang yang menerangkan perkataan itu. Orang-orangnya yang memasuki pertandingan itu dari kelas saya adalah Amirah,Huda,Riz Mateen dan Haidi . Antara semua murid-murid dari kelas melayu yang lain dan kelas kita,pemenangnya adalah Amirah dan Huda.Saya sungguh bangga dengan mereka kerana mereka boleh memikir dan menerangkan perkataan-perkataan itu.Bayangkan bagaimana mereka memikir dan menerangkan perkataan- perkataan itu......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan