Khamis, 29 Julai 2010

Hari Kebangsaan Singapura(Latihan)

Hari Kebangsaan Singapura diadakan pada Padang tahun ini. Untuk murid-murid darjah lima, termasuk saya, kita telah dipeluang untuk pergi ke latihan sahaja. Walaupun begitu, kita tetap rasa gembira dan seronok bersama-sama rakan-rakan kita. Yang paling terbaik adalah bunga apinya, penyanyi-penyanyi terkenal menyanyi dan banyak-banyak lagi. Kita pun sedih apabila ia sudah habis dan masa untuk kita pulang. Kita akan tetap mengingati hari itu.

Aktiviti ''Bawa dan Berborak''

Apabila saya di dalam darjah satu dan dua, guru Melayu saya telah mengadakan aktiviti ini. Kita harus membawa sesuatu benda yang menarik dan menceritakan kepada kelas apa yang menarik tentang benda itu. Yang paling saya suka untuk aktiviti itu adalah saya suka melihat kawan-kawan saya menceritakan tentang benda menarik yang mereka membawa itu. Malangnya, saya tidak suka jikalau giliran telah tiba. Saya tidak suka menceritakan tentang benda menarik yang saya telah bawa. Bagaimanapun, saya tetap rasa seronok melihat kawan-kawan saya menceritakan tentang benda menarik mereka yang mereka membawa.

Isnin, 26 Julai 2010

Kuiz bahasa Melayu di dalam bilik darjah

Guru bahasa Melayu saya, telah mengadakan kuiz peribahasa di dalam bilik darjah. Jumlah soalan di dalam kertas itu ada tiga puluh soalan. Saya cuma dapat menjawab dua puluh tujuh soalan kerana kuiz itu susah. Apabila guru saya telah semak jawapan kita, saya pun menyedari kesilapan saya. Saya akan belajar lagi peribahasa saya dengan rajin.

Bengkel Penulisan Kreatif

Bengkel Penulisan Kreatif ini adalah tentang karangan untuk memperbaiki cara-cara kita membuat karangan kita dan dengan cara itu, kita akan membuat karangan di dalam kertas dengan gambar yang mereka telah memberikan kita. Dengan Bengkel Penulisan Kreatif ini, kita boleh membuat lebih baik untuk peperiksaan kita. Kita akan berminat dengan membuat karangan dan jikalau kita sedang menduduki peperiksaan karangan, kita akan lebih senang membuatnya.

Pertandingan Blogging

Pertandingan ini berlangsung pada 30 Jun hingga ke 30 Julai 2010. Saya rasa pertandingan ini sangat susah. Walaupun saya pernah ada blog sebelum ini. saya tidak menggunakan bahasa Melayu, saya menggunakan bahasa Inggeris. Walaupun begitu, saya tetap rasa seronok mencatat menggunakan bahasa Melayu. Saya pun akan lebih menggunakan bahasa Melayu untuk percakapan saya, blog saya dan banyak-banyak lagi.

Lawatan Pendidikan ke Brunei Darussalam

Pada bulan Mei, kawan-kawan saya telah pergi ke Brunei dan mereka telah mengunjungi bermacam-macam tempat di kawasan Brunei seperti Masjid Sultan Hassanal Bolkiah,Kilang Ambulong,sawah padi,Sekolah Rendah Junjungan,Kampong Ayer dan banyak-banyak lagi.Saya rasa mereka mesti seronok berada di situ.Sayangnya, saya tidak dapat pergi bersama mereka. Di Singapura,kita berbual bahasa melayu yang biasa, tetapi di Brunei,mereka berbual lain daripada kita.Saya mengetahui daripada satu daripada kawan saya yang mereka tidak faham apa yang mereka mengatakan. Jadi, dari situ,kawan saya mendengar apa yang mereka mengatakan dengan teliti.Walaupun begitu, mereka tetap berasa seronok,lebih lagi dengan kawan -kawan mereka membuat aktiviti-aktiviti yang disediakan di sana.

Rabu, 21 Julai 2010

Hari Keharmonian Kaum

Saya ada rakan-rakan bangsa Cina, Melayu dan India. Tetapi maafkan saya kerana saya tidak ada banyak rakan berbangsa india. Saya jarang berbual dengan orang berbangsa India.Jadi saya hendak mencari lebih lagi rakan berbangsa India.

Hari ini hari yang saya suka, Hari Keharmonian Kaum! Guru-guru telah membuat persembahan untuk kita pada hari ini. Kita telah pergi ke dewan sekolah untuk melihat persembahan guru-guru kita. Mereka sungguh hebat! Satu daripada guru-guru kita telah menerangkan tentang kaum-kaum yang berlainan.Untuk kaum Melayu, iaitu Muslim,makanan-makanan tradisionalnya adalah rendang,sambal goreng,ketupat dan lain-lain lagi.Orang berbahasa melayu menyambut Hari Raya Puasa atau Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Haji. Hari Raya Puasa adalah apabila kita telah berpuasa selama satu bulan, kita menghargai diri kita kerana berpuasa.Orang-orang di pagi Hari Raya akan solat Aidilfitri dan kita pun memaafkan kepada orang-orang tua kita.

Untuk Hari Raya Haji pula,mereka sembelih kambing dan kebanyakan daripada mereka pergi ke Mekah untuk meminta ampun daripada Tuhan.Selepas ini, semua guru-guru di sekolah kami mempersembahkan persembahan fesyen.Pada pendapat saya,kita tidak harus mengejek dan kita harus menghormati rakan-rakan berbangsa lain.

Selasa, 20 Julai 2010

Peraduan Piramida

Saya sebenarnya hendak mencuba peraduan Piramida tetapi tidak ada masa untuk berlatih. Jikalau saya tidak berlatih, saya tidak boleh masuk dalam peraduan itu. Walaupun saya tidak memasuki peraduan itu,saya masih melihat rakan-rakan saya melakukannya. Mereka sungguh berani berada di atas pentas. Kalau saya, saya pun boleh,tetapi seperti saya mengatakan tadi, tidak cukup masa.

Saya selalu bertanya pada diri saya bagaimana mereka boleh menerangkan perkataan yang mereka lihat di skrin dan bagaimana mereka boleh memikirkan perkataan yang diterangkan oleh orang yang menerangkan perkataan itu. Orang-orangnya yang memasuki pertandingan itu dari kelas saya adalah Amirah,Huda,Riz Mateen dan Haidi . Antara semua murid-murid dari kelas melayu yang lain dan kelas kita,pemenangnya adalah Amirah dan Huda.Saya sungguh bangga dengan mereka kerana mereka boleh memikir dan menerangkan perkataan-perkataan itu.Bayangkan bagaimana mereka memikir dan menerangkan perkataan- perkataan itu......

Selasa, 13 Julai 2010

Peraduan bercerita

Semasa saya di darjah dua, ada satu peraduan bercerita. Saya tidak memasuki peraduan itu, tetapi saya dapat menontan kawan-kawan saya berlakon dengan hebat. Saya hairan di mana caranya mereka boleh menghafal dialog-dialog tersebut. Jikalau saya, saya mesti tidak boleh menghafalnya. Saya percaya dengan diri saya sendiri yang saya boleh membuat sebaik mereka dalam apa sahaja peraduan. Kini saya tidak akan putas asa lagi.