Selasa, 26 April 2011

Peristiwa yang tidak dapat saya lupakan

Peristiwa yang tidak dapat saya lupakan adalah apabila saya dijemput ke Pesta Hari Jadi saudara saya yang paling saya rapat, diadakan di Genting. Ini bukan tempat tinggalnya,tetapi keluarganya bercadang untuk meraih hari lahirnya di sana. Apabila saya dan saudara-mara yang lain berjumpa(tanpa saudara saya yang menyambut hari lahirnya),kami sungguh seronok,ghairah dan TIDAK SABAR! Kami semua sebenarnya tahu sejak dahulu lagi,bahawa saudara kami yang menyambut hari lahirnya itu,yang bernama Nayli, pandai bernyanyi sambil menari, di antara kami semua saudara.Kadangkala,apabila di masa lapang, dia yang selalu mengajar kami bernyanyi sambil menari dengan baik dan bagus sekali.
Nayli, apabila selalunya gilirannya untuk mempersembahkan persembahannya di atas pentas, tidak ada sekali pun dia mengecewakan kami.Dia selalu mendapat banyak pujian daripada saya,saudara-mara saya yang lain,ibu-bapanya dan banyak-banyak lagi. Kadangkala, saya berasa cemburu dengan bakatnya itu, tetapi saya tidak pernah kata apa-apa tentang benda itu kepadanya,takut-takut jikalau dia akan berasa marah.Itu adalah permulaan yang saya kata kepadanya yang saya hendak belajar daripadanya(tetapi saya tidak sebut tentang kecemburuan saya).Jadi,hari itu, kami semua berangkat ke Malaysia,Genting.Kami di berasingan kereta. Kami semua berjumpa di tempat yang dirancang oleh yang dewasa.Apabila kami semua di luar tempat itu,saya berjumpa dengan saudara-mara saya yang lain. Kami berasa sungguh gembira apabila menuju ke tempat yang dirancang itu. Apabila kita sampai, kita sudah boleh mendengar bunyi bising dari dalam.Itu membuat kami lagi berasa seronok.Kami mula memasuki tempat yang telah dihias oleh keluarga Nayli. Ia sungguh cantik dan berwarna-warni. Kami pun bermain permainan,memakan kek dan membuat macam-macam lagi.
Perkara yang kami tidak boleh tunggu, adalah persembahan yang Nayli akan mempersembahkan. Semua orang menepuk tangan gemuruh untuk Nayli yang sedang naik ke atas pentas yang sesuai hari jadi ini.Dia menukar pakaiannya kepada lebih kilat dan menarik. Bunyi lagu pun didendangkan, dan dia mula menyanyi, dan pada mulanya,suaranya merdu,tetapi lama kelamaan,suaranya hampir serak. Begitu juga berlaku apabila dia menari. Pada mulanya,tariannya bagus tetapi lama kelamaan,tariannya jadi tidak terurus. Semua orang yang hadir, yang melihat persembahannya, semua bingung dan hairan dengan perbuatannya.Selepas persembahannya, tiada seseorang pun yang memujinya,termasuk saya,dan perkara ini bukan seperti dahulu.Apabila dia menghampiri saya dan saudara-mara yang lain menjauhinya, saya bercadang tidak mahu berkata apa-apa pun dengannya pada hari lahirnya itu.Jikalau dia mengulangi perbuatan itu, perkara yang sama akan berlaku. Saya tidak akan memaafinya dan saya tahu ini perbuatan yang salah,tetapi kerana selama ini dia tidak pernah melakukan kesalahan ini,ini tetap kata putus saya.Perbuatan ini yang tidak dapat saya lupakan hingga sekarang,kerana itu bukan kali pertama, tetapi sudah tiga kali dia membuat kesalahan ini. Saya,saudara-mara saya semua setuju dengan keputusan saya.Cuma ibu-bapa saya sahaja. Mereka menasihati saya supaya jangan salah atau buruk sangka terhadapnya. Maka inilah peristiwa yang tidak dapat saya lupakan, seumur hidup saya.